SEJARAH PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR LAMBOR
Sejarah Perkembangan Bola Tampar Lambor
Sejarah Penubuhan
1973-1983 Permainan ini diperkenalkan oleh:-
- Mokhtar bin Mat Kasat
- Salleh bin Abu Bakar
- Allahyarham Zabari bin Mohd Taib ( Jurulatih)
Gelanggang
- Gelanggang pertama dibina secara gotong royong di Batu 16 oleh golongan muda. Struktur gelanggang pertama adalah berlantaikan tanah dan bertiangkan batang pinang.
Peralatan Permainan
- Pada masa itu, untuk mendapatkan alatan untuk bersukan pada kebiasaannya kutipan akan dilakukan dikalangan golongan muda.
- Di antara penyumbang terbesar didalam pembangunan bola tampar di Kampung Tua ialah:-
- Allahyarham Ismail binMohd Tamin
- Allahyarham Kamaruddin bin Kulup Basir
- Allahyarham Zainuddin bin Mat Said
Sumbangan tersebut telah digunakan dengan sepenuhnya sehingga tertubuhnya pasukan bola tampar yang pertama didalam Perak Tengah. Ini merupakan satu satunya pasukan bola tampar dimana pemainnya terdiri daripada orang melayu. Pada masa itu, permainan ini hanya dikuasai oleh masyarakat Cina.
Pada peringkat awal, undang-undang permainan ini hanya berpandukan kepada pengalaman pemain pemain yang telah menyertai pertandingan. Sepanjang penubuhan pasukan ini, sepanjang tahun 1970an dan 80an pasuakan ini telah banyak menjuarai pertandingan yang telah dianjurkan oleh Persatuan Belia MAYC Perak dan muncul sebagai Johan.
Di peringkat kejohanan lain pula, Pasukan ini pernah menyertai kejohanan Bola Tampar Terbuka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan perbelanjaan sendiri.
Sepanjang permainan ini di perkenalkan di Kampung Tua, terdapat dikalangan pemain yang telah terpilih untuk mewakili Jabatan-jabatan, institusi pengajian tinggi, daerah, dan sekolah. terdapat juga kursus kursus yang dianjurkan oleh Persatuan Belia MAYC didalam bidang kejurulatiahn dan pengadilan sebagai satu cabnag memperlengkapkan pemaian apabila berhijrah ke bandar atau dimana jua.
1984-1996 Generasi kedua
Kesinambungan permainan ini telah diteruskan oleh generasi kedua dibawah bimbingan jurulatih yang bertauliah yang terdiri daripada bekas pemain senior dan generasi ini dianggap lebih baik kerana telah dapat mempertingkatkan mutu permainan dengan lebih baik. Pasukan generasi kedua ini adalah merupakan satu pasukan yang amat disegani di peringkat Negeri Perak dan Daerah selama 8 tahun.
Semasa penglibatan pasukan generasi kedua ini, terdapat beberapa kejohanan yang telah dianjurkan. Diantaranya ialah:-
- Kejohanan Terbuka Melayu Perak
- Kejohanan Bola Tampar diantara belia-belia
- Kejohanan Liga Sukan Untuk semua
Pencapaian mutu permainan telah di realisasikan oleh pemain dan telah mendapat pujian dikalangan jurulatih kerana kesungguhan untuk menghidupkan permainan ini dikalangan orang melayu.
1996-1997 - Permainan ini terhenti
1997- 2012 - Pemilihan pemain generasi ketiga
Pada tahun 1997 pemilihan pemain dilakukan untuk mewakili SMK Sultan Muzaffar Shah 1 Lambor Kanan dilakukan. Seramai 40 orang telah hadir untuk menyertai pasukan ini. Setelah pemilihan dilakukan berdasarkan kretiria yang diperlukan, seramai 12 orang telah dipilih untuk menjalani latihan pembentukan fizikal sebagai seorang pemain bola tampar.
Diantara latihan yang dijalankan melibatkan keperluan asas sebagai pemain. Latihan fizikal dijalankan hampir 8 bulan tanpa henti. Akhirnya seramai 12 orang telah layak untuk menyertai pasukan pertama bola tampar SMK Sultan Muzaffar Shah 1 Lambor Kanan. Pemilihan pemain berdasarkan peringkat umur iaitu 2 dari tingkatan 1, 3 dari tingkatan 2, 3 dari tingkatan 3, 3 dari tingkatan 4 dan 1 dari tingkatan 5.
Latihan sepanjang masa.
Latihan sepanjang masa dijalankan untuk memantapkan kemahiran bermain, Latihan yang melibatkan agility, streangh, skill. taktikal dan lain lainnya. Penguasaan permainan diterapkan kepada setiap pemain dari sudut mental dan fizikal. Akhirnya wujudlah sebuah pasukan yang menguasai sepenuhnya dalam pemainan bola tampar.
Pembentukan Pasukan
Kejohanan Pertama

Comments
Post a Comment